Thursday, 11 March 2010
Hari Keempat
Hari Ketiga
Berikut adalah resipi-resipi untuk nasi lemak, jemput-jemput ikan bilis dan onde-onde.
Nasi Lemak
Bahan-bahan ( 4-6 orang )
Bahan untuk nasi:-

@ 2 cawan beras
@ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
@ 1 helai daun pandan - disimpul
@ 3 hirisan halia
@ secubit garam
Bahan untuk sambal:-
* 6 sudu besar cili kering mesin
* 4 ulas bawang merah -ditumbuk
* 2 ulas bawang putih -ditumbuk
* 1 biji bawang besar -dihiris
* segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
* sedikit air asam jawa
* sedikit belacan (jika suka)
* garam n gula
Bahan sampingan lain :-
Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.
Cara-cara
Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar olive oil
5 batang daun bawang
1/2 cawan ikan bilis
sedikit serbuk kunyit
1/2 bawang besar- hiris
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Campur semua bahan-bahan di atas. Kalau tercair tambahkan sedikit tepung dan begitu juga sebaliknya.
Panaskan minyak. Bila dah panas, kaup sikit2 adunan dengan sudu dan masukkan dalam minyak panas.
Goreng sehingga kuning/perang.
Onde-Onde
Bahan-bahan ( 20 biji )

sebiji kelapa muda diparut
2 keping gula melaka (dipotong dahulu)
300 g tepung pulut
secubit garam
setitik pewarna hijau
Cara-cara
mula-mula campurkan tepung pulut dengan sedikit air dan secubit garam.
sementara itu masukkan air ke dalam periuk dan panaskan.
kemudian bentukkan kecil-kecil adunan tadi hingga menjadi bulat dan masukkan gula melaka ditengah-tengah adunan tersebut.
masukkan dalam air yang telah dididihkan tadi. tunggu sehinnga ia terapung di permukaan.
ulangi dengan cara yang nombor 3 tadi sehingga adunan habis.
apabila adunan tadi telah terapung bermakna ianya sudah masak. kemudian angkat ia dan golek-golekkan dalam kelapa muda yang diparut.
sedia untuk dihidang dan dimakan.
Kami berasa aktiviti memasak ini membolehkan kami mempelajari tentang makanan tradisional Melayu, bahan-bahannya dan keistimewaannya. Melalui aktiviti ini, kami juga dapat tahu kesukarannya untuk menyediakan makanan tradisional ini. Walaubagaimanapun, kita dapat menikamati makanan-makanan yang kami bersusah payah untuk menyediakan.
Hari Kedua






Kita pulang ke pasar Geylang Serai selepas makan tengah hari dan membeli bahan-bahan masakan untuk aktiviti memasak pada hari kemudian.
Kami berasa aktiviti “Amazing Race” ini bermakna kerana kami bukan sahaja dapat mengenali kuih-muih yang baharu, kami juga dapat berkomunikasi dengan pekedai dengan menggunakan Bahasa Melayu. Melalui pantun teka-teki, kita juga mempelajari kosa kata yang baharu dan juga mengenali kuih-muih Melayu seperti pisang goreng dan kuih talam. Kami juga mempelajari tradisi-tradisi orang Melayu apabila makan, seperti menggunakan tangan kanan untuk makan manakala tangan kiri untuk menyenduk lauk.
Hari Pertama
Kami dikenalkan kepada empat jenis permainan tradisional Melayu pada hari ini, iaitu sepak takraw, congkak, batu seremban dan chapteh.
Sepak takraw dimain dengan sebiji bola yang diperbuat daripada rotan. Ia dimainkan di gelanggang sepak takraw. Dua regu(tiga orang permain seregu) akan bertanding antara satu sama lain dalam satu permainan sepak takraw. Dalam permainan ini, semua permain hanya boleh menggunakan kaki dan kepala untuk menghantar bola sepak takraw kepada pemain seregu atau kepada pemain regu lain. Apabila menyaksi rakaman di YouTube, sepak takraw kelihatan seolah amat senang, tetapi saya mendapati ia amat sukar untuk main apabila saya mencuba permainan itu sendiri. Cikgu juga sertai kami dalam permainan sepak takraw. Permainan ini amat menyeronokkan.
Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang dikenal kepada kami. Untuk bermain congkak, sebuah congkak papan dan guli-guli diperlukan. Hanya dua permain terlibat dalam satu permainan congkak. Sebelum permainan congkak bermula, semua lubang kecuali lubang ibu perlu diisi dengan guli-guli(tujuh guli-guli sebuah lubang). Kedua-dua permain kemudian memulakan permainan dengan mencapai serentak ke dalam lubang untuk mendapat guli-guli. Setiap permain memasukkan guli-guli ke dalam lubang lain satu demi satu sehingga guli-guli permain mati di sebuah lubang. Selepasnya, permain permain mengambil giliran untuk bermain sehingga semua guli dimasukkan ke dalam lubang ibu. Pemain yang mendapat guli-guli yang lebih daripada permain lain menang permainan itu. Congkak boleh dimain sebagai permainan rekreasi pada masa lapang and menjadi alternatif sebagai permainan rekreasi selain Scrabble, Monopoly atau Chess.


Kami banyak mendapat faedah pada hari ini. Banyak jenis permainan tradisional Melayu telah dikenalkan kepada kami. Kami juga dapat mengetahui dan lebih mengdalami tradisi Melayu.