
Hari ini, kita bertolak ke Geylang Serai untuk menjalankan aktiviti “Amazing Race” mencari kuih-muih. Kami diberi beberapa pantun teka-teki dan sepuluh dolar untuk mencari dan membeli kuih-muih. Apabila aktiviti bermula, kami pun berbincang nama kuihnya yang dikatakan di pantun teka-teki. Selepas itu, kami membeli kuih-muih tersebut dengan sepuluh dolar yang diberi daripada cikgu. Kita dapat menikmati kuih-muih yang kita beli meskipun salah atau betul. Jawapannya ialah:
putu piring

pisang goreng

samosa

talam serimuka

pulut panggang

Selepas aktiviti tersebut, kita pun berjalan ke restoran Hajah Maimunah untuk menjamu selera. Di restoran Hajah Maimunah, kita disuruh untuk menggunakan tangan menjamu selera. Makanan yang lazat seperti kangkung belacan, ayam goreng, siput dan lain lagi.
Kita pulang ke pasar Geylang Serai selepas makan tengah hari dan membeli bahan-bahan masakan untuk aktiviti memasak pada hari kemudian.
Kami berasa aktiviti “Amazing Race” ini bermakna kerana kami bukan sahaja dapat mengenali kuih-muih yang baharu, kami juga dapat berkomunikasi dengan pekedai dengan menggunakan Bahasa Melayu. Melalui pantun teka-teki, kita juga mempelajari kosa kata yang baharu dan juga mengenali kuih-muih Melayu seperti pisang goreng dan kuih talam. Kami juga mempelajari tradisi-tradisi orang Melayu apabila makan, seperti menggunakan tangan kanan untuk makan manakala tangan kiri untuk menyenduk lauk.
No comments:
Post a Comment