Thursday, 11 March 2010

Hari Ketiga

Cikgu memberikan taklimat dan resipi untuk memasak makanan tradisional tersebut, iaitu nasi lemak, jemput-jemput ikan bilis dan onde-onde. Selepas itu, kita menjinjing beg plastik yang dipenuhi bahan-bahan masakan dan bertolak ke Sekolah Menengah Nan Yang untuk menjalankan aktiviti memasak makanan tradisional. Cikgu memberikan taklimat dan resipi untuk memasak makanan tradisional tersebut, iaitu nasi lemak, jemput-jemput ikan bilis dan onde-onde. Kita menyediakan bahan-bahan yang kita beli semalam dan bermula memasak.

Berikut adalah resipi-resipi untuk nasi lemak, jemput-jemput ikan bilis dan onde-onde.

Nasi Lemak
Bahan-bahan ( 4-6 orang )
Bahan untuk nasi:-
@ 2 cawan beras
@ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
@ 1 helai daun pandan - disimpul
@ 3 hirisan halia
@ secubit garam
Bahan untuk sambal:-
* 6 sudu besar cili kering mesin
* 4 ulas bawang merah -ditumbuk
* 2 ulas bawang putih -ditumbuk
* 1 biji bawang besar -dihiris
* segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
* sedikit air asam jawa
* sedikit belacan (jika suka)
* garam n gula
Bahan sampingan lain :-
Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.
Cara-cara
Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.

Jemput-Jemput
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar olive oil
5 batang daun bawang
1/2 cawan ikan bilis
sedikit serbuk kunyit
1/2 bawang besar- hiris
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Campur semua bahan-bahan di atas. Kalau tercair tambahkan sedikit tepung dan begitu juga sebaliknya.
Panaskan minyak. Bila dah panas, kaup sikit2 adunan dengan sudu dan masukkan dalam minyak panas.
Goreng sehingga kuning/perang.

Onde-Onde
Bahan-bahan ( 20 biji )
sebiji kelapa muda diparut
2 keping gula melaka (dipotong dahulu)
300 g tepung pulut
secubit garam
setitik pewarna hijau
Cara-cara
mula-mula campurkan tepung pulut dengan sedikit air dan secubit garam.
sementara itu masukkan air ke dalam periuk dan panaskan.
kemudian bentukkan kecil-kecil adunan tadi hingga menjadi bulat dan masukkan gula melaka ditengah-tengah adunan tersebut.
masukkan dalam air yang telah dididihkan tadi. tunggu sehinnga ia terapung di permukaan.
ulangi dengan cara yang nombor 3 tadi sehingga adunan habis.
apabila adunan tadi telah terapung bermakna ianya sudah masak. kemudian angkat ia dan golek-golekkan dalam kelapa muda yang diparut.
sedia untuk dihidang dan dimakan.


Kami berasa aktiviti memasak ini membolehkan kami mempelajari tentang makanan tradisional Melayu, bahan-bahannya dan keistimewaannya. Melalui aktiviti ini, kami juga dapat tahu kesukarannya untuk menyediakan makanan tradisional ini. Walaubagaimanapun, kita dapat menikamati makanan-makanan yang kami bersusah payah untuk menyediakan.

No comments:

Post a Comment